Maha
Suci Alloh Yang telah menciptakan senyuman.Itulah ungkapan yang bisa saya
lontarkan manakala mengetahui faedah atau manfaat yang ternyata teramat banyak
dari pekerjaan sederhana dan begitu mudah dari makhluk yang bernama senyum
.Tersenyum merupakan pekerjaan atau amalan yang saya yakin sebagian besar
orang akan menyetujui kalo ada yang
mengatakan bahwa tersenyum adalah pekerjaan yang sangat mudah untuk dilakukan .Tanpa
harus diajari bagaimana caranya tersenyum saya yakin semua orang sudah bisa melakukannya.Bahkan menuangkan dalam kata kata
untuk mendeskripsikan bagaimana cara tersenyum sepertinya lebih sulit dari pada
melakukan sebuah senyuman itu sendiri
.Yah tersenyum adalah pekerjaan mudah dengan segudang manfaat yang bisa kita peroleh manakala kita melakukannya dengan tulus dan sepenuh hati.
Dalam
sebuah riwayat disebutkan :
''Kamu tidak akan pernah bisa menarik simpati orang lain dengan harta benda yang kamu miliki, tetapi kamu bisa menarik simpati orang lain dengan wajah ceria (senyum) dan dengan akhlak yang baik.'' (HR Abu Yu'la dan Al-Baihaqi).
Di antara manfaat senyum adalah menambah daya tarik. Orang yang murah senyum kepada sesama akan mendapatkan pahala dari Allah SWT. Sebab, senyum yang berangkat dari ketulusan hati merupakan sedekah. ''Senyummu terhadap saudaramu adalah kebajikan.'' (HR At-Tirmidzi).
Dibawah
ini ada beberapa fakta menarik yang saya
dapat dari blognya fisri tentang rahasia senyum dan tawa :
1.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman
bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan
kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan
menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran
darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang
mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu,
apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan
dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan
emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam
mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi
kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah
daripada paras sebelum anda ketawa.
6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang
dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali
sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit
serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat
Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang
baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada
sistem ketahanan badan.
8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai
eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala
kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan
sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin
baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan
tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .
9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan
akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan
penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang
menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan
oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses
penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara
tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi,
strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang
mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan
diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan.
Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang
kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan
ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta
bersedia menerima maklumat baru.
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus
meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam
sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada
penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma
sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang
dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan
hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.
15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK.
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”.
Jadi tersenyumlah sebelum senyum itu dilarang
,dan janganlah menunggu bahagia kalo hanya dengan tersenyum ,tersenyumlah dan jadilah orang yang bahagia.
Berikan Komentar